TUJUH PRINSIP MODAL INSAN:
 

MODAL INSAN dalam bahasa yang mudah bermaksud kemahiran dan ilmu teknikal untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Diperkenalkan di sini TUJUH PRINSIP yakni tujuh elemen fundamental yang  ada pada setiap insan yang perlu difahami, dihayati serta diperkasakan oleh mereka yang benar-benar berhajat untuk menjadi diri mereka sebagai insan yang berjaya secara holistik yakni secara menyeluruh secara nyata dan tidak nyata.

TUJUH PRINSIP ini adalah suatu formula yang dirumuskan dari pengalaman luas manusia berdasar fitrah dan sunnah alam semesta yang boleh dihayati oleh kita semua untuk membentuk diri dengan menambah nilai serta memperkasa  diri manusia sebagai modal insan yang diperkayakan.

TUJUH PRINSIP ini adalah modal asas yang fundamental yang perlu ada sebelum kita menambah nilai diri kita dengan ilmu teknikal dan kemahiran yang relevan dalam bidang hidup masing-masing.
 

1.  TENAGA/KUASA:

Pertamanya kita haruslah mengenal Prinsip Pertama dalam membentuk modal insan yakni mengenal sifat tenaga/kuasa yang ada pada dan dalam diri kita sendiri.

Manusia mempunyai tenaga zahir dan batin yakni yang nyata yang dapat dipandang mata dan yang tidak nyata iaitu yang tidak dapat dilihat dengan matas kasar. Dengan perkataan lain manusia mempunyai tenaga physikal, mind dan spiritual, sama ada mereka sedar atau tidak, sama ada mereka percayaya atau tidak. Soalnya tidak semua manusia menggunakan tenaga/kuasa ini secara maksimum malahan 90% manusia hanya sekadar menggunakanya di paras yang minimun sahaja.
 

2.  CITA-CITA:

Sifat tenaga yang menjadi kuasa saikologi dan emosi/jiwa (spiritual) pada diri dan bagi diri ialah daya CITA-CITA (Iradat/Kehendak) yakni kehendak dan kemahuan. Dengan adanya cita-cita maka dengan sendirinya secara psychologi mahupun emosi/jiwa  (spiritual), ianya menjadi tenaga atau kuasa yang amat penting dalam hidup seseorang insan seperti kata pepatah yang mengandungi makna yang dalam iaitu "HENDAK SERIBU DAYA, TIDAK HENDAK SERIBU HELAH".

Dengan sebenar-benar berkehendak dalam sesuatu perkara ianya akan mencetuskan tenaga saikologi dan emosi/jiwa (spiritual) yang amat berkuasa pada seseorang untuk melaksanakan berbagai-bagai aktiviti untuk mencapai cita-cita mereka.

Mereka yang mempunyai kehendak dan cita-cita sudah tentu mempunyai tenaga untuk berusaha dan berikhtiar manakala yang lemah kehendak dan cita-cita tidak akan berusaha dan kalau berusahapun ala kadar sahaja.

Di sinilah fungsi motivasi manakah pemimpin yang boleh mencetuskan cita-cita dalam hati manusia dan manakah insan yang boleh respons kepada motivasi.
 

3.  ILMU:

Ilmu adalah suatu potensi kuasa. Ilmu yang dipercayai dan diamalkan menjadikannya  suatu TENAGA/KUASA peribadi pada diri seseorang.

Ilmu yang tidak dipecayai dan tidak diamalkan akan hanya tinggal sebagai ilmu yang tidak berfungsi.

Ilmu lah tenaga yang memberi keyakinan diri kepada seseorang dan dengan ilmulah seseorang itu berupaya membina diri, keluarga dan masyarakatnya sama ada wujud yang nyata mahupun yang tidak nyata.
 

Ilmu seharusnyalah menjadi prinsip, peraturan dan hukum kepada hidup kita yang menjadi panduan bagi kita menuju ke arah kejayaan.
 

4.  PENGHAYATAN/PELAKSANAAN:

Ilmu tanpa amal batil manakala amal tanpa ilmu tidak sempurna. Penghayatan dan pelaksanaan sesuatu perkara berlandaskan ilmu yang hakiki adalah penting untuk kejayaan dan kesempurnaan hidup seseorang sama ada di dunia ini atau selepas ini.

Ilmu adalah permulaan yang seharusnya diikuti dengan pelaksanaan tindakan proses menepati ilmu itu tadi.
 

5.  RESPONSIF:

Sifat responsif ialah sifat peka dan pantas memahami serta bertindak balas terhadap makhluk dan alam sekeliling kita terutamanya kepada pihak atasan yang berkuasa ke atas kita sama ada nyata atau yang tidak nyata. 

Tidak responsif bermakna kita tidak bertanggungjawab dan tidak ada orang atasan bagi kita.

Kita bukan sahaja mendengar dan memahami suara dan bunyi sekeliling tetapi yang tidak kurang  pentingnya dan seharusnya kita aktivatekan ialah sifat mendengar SUARA HATI NURANI (CONSCIENCE) yang tercetus di sanubari kita yang memandu kita dalam keadaan-keadaan tertentu, kalau tidak dalam semua keadaan.
 

6.  DAYA MENGENAL:

Sifat daya mengenal ialah sifat kecerdasan (emosi) diri mengenal manusia dan alam sekeliling kita dan daya celek membaca (literate) manusia. Kita bukan sahaja seharusnya celek huruf tetapi celek menyeluruh seperti celek komputer, celek sifat manusia, celek alam semesta yang nyata dan yang tidak nyata atau apa yang dikata celek mata hati demi untuk benar-benar menjadi seorang manusia yang benar-benar sempurna sifat mengenal.
 

7. DAYA KOMUNIKASI:

Sifat berkomunikasi adalah sifat yang penting dalam membina diri, membina hubungan manusia, melaksanakan perubahan dan kemajuan sesama manusia dan masyarakat. Komunikasi adalah sifat amalan penting dalam mewujudkan kejayaan dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbudaya.

Untuk membawa sebarang perubahan secara real di alam nyata maka terlebih dahulu kita hendaklah membawa perubahan kepada minda dan perasaan hati (jiwa) mereka yang terlibat melalui komunikasi yang berkesan. Dengan komunikasi yang berkesanlah akan mencetuskan visi (wawasan) yang menjadi kehendak yakni keinginan pada diri yang kemudiannya melahirkan  perancangan dan seterusnya pelaksanaan berbagai-bagai aktiviti secara lahiriah demi mencapai matlamat kita di alam nyata ini.

Di sini lah pentingnya pegawai atau pengurus serta pemimpin sesuatu organisasi itu supaya mempunyai daya komunikasi yang berkesan untuk membawa perubahan kepada minda dan perasaan hati staf yang terlibat supaya mereka dapat melaksanakan sesuatu aktiviti itu sebagaimana visi.

 

Bersambung ...

 

 

 

 

 

 

 

 

   


Copyright 2005-2007 by Dr. Ghazali AG
All Rights Reserved.