(Satu kajian bersama Dr Ghazali dan Dr. Nun Kalsom atas tajuk ROH dan KEROHANIAN khusus bagi manfaat anak cucu mereka sahaja dan bukan untuk umum.  ~ Editor)

 

`Spirituality' (Kerohanian)

`Spirituality' yakni Kerohanian adalah satu kajian mengenai roh (spirit) dan yang berkaitan dengannya yang menjadi minat kami berdua dan juga keluarga.

Kajian ini dibuat semata-mata adalah untuk manfaat anak cucu kami sahaja dan bukannya untuk umum kerana kami tidak bertanggungjawab untuk membimbing selain dari anak cucu kami sahaja.

Oleh kerana tajuk ini yakni ROH atau `SPIRITUALITY' adalah suatu tajuk yang amat kompleks dan tidak mudah diperkatakan dan difahami oleh manusia ramai maka kami rasa terpanggil untuk membuat kajian ini dan membantu anak cucu kami memahamai hakikat ROH dan KEROHANIAN supaya mereka dapat memahami hakikat diri dan perasaan mereka supaya mereka dapat mengenal dan memahami hakikat diri mereka dan orang lain dengan lebih yakin.

Ini bukanlah satu kajian baru malahan zaman berzaman manusia mengkaji bab mengenal diri ini termasuklah Socrates beribu tahun dahulu, ahli-ahli falsafah serta alaim ulama berbagai-bagai agama dan bangsa.

Kami tidak bercadang untuk mendekati tajuk ini melalui approach satu-satu agama sama jalan tarikat atau tasauf mereka tetapi melalui pengalaman rasa sebagai insan yang menggunakan fitrah akal dan hati nurani (conscience) untuk merasa dan memahami hakikat kewujudan secara universal yang menepati logik sains spiritual yang tersendiri sebagai panduan kepada kami serta anak cucu kami untuk terus mengurus hubungan diri dengan  Yang Maha Pencipta dan manusia dengan lebih sempurna.

Roh adalah mengenai hakikat kewujudan diri manusia dan semua manusia waima bangsa dan agama apa sekalipun mereka mempunyai roh yang merupakan suatu fitrah dan ciptaan Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu subjek ROH dan KEROHANIAN ini bukanlah hak mana-mana bangsa atau agama tetapi adalah hak peribadi setiap manusia di muka bumi ini untuk mengenal hakikat diri mereka sebagai suatu fitrah dari Yang Maha Berkuasa.

Wujud diri manusia di alam nyata ini yakni pada TUBUH (PHYSIKAL) adalah apabila ROH berada pada JASAD dan mewujudkan diri JASMANI yang mempunyai tiga dimensi yakni IQ, EQ dan SQ.

IQ diri Jasmani yang nyata pada tubuh, EQ diri Rohani yang juga di panggil hati atau perasaan (emotion) dan akhirnya SQ yakni Roh yang menjadi hati nurani (conscience) yang merupakan suatu rahsia besar kepada kewujudan diri manusia.

 

 

 

 

Bersambung ...

 

 

 

   


Copyright 2005-2013 by Dr. Ghazali A.G.
All Rights Reserved.